25 Mei 2012 - 19:30

Khatib solat Jumaat mengutuk penghinaan terhadap para imam maksum dan mengingatkan bahawa ajal mereka yang mencerca Imam Hadi (a.s) telah hampir tiba walau di mana pun mereka berada.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Sayid Ahmad Khatami dalam khutbah Jumaat di Universiti Tehran mengecam pihak yang menghina kesucian Imam Hadi (a.s) sambil menyatakan mereka telah tersilap meskipun mendapat bantuan terbuka daripada Barat dan kuasa angkuh dunia.“Sekarang tidak ada lagi jaminan keselamatan mereka walau di mana pun. Saya berharap ini akan menjadi pengajaran buat sesiapa yang sedar tentang status imam maksum (a.s) di kalangan Syiah.”Ayatollah Khatami melanjutkan khutbahnya dengan mengucapkan tahniah di atas kelahiran Imam Muhammad Baqir (a.s) sambil menyatakan bahawa dunia Islam terhutang budi dengan jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh beliau dan anaknya, Imam Jaafar Sodiq yang telah mengembangkan Islam sejati.Mengenai plan menyatukan Bahrain dan Saudi, beliau menganggap rancangan itu sebagai satu penganiayaan dan tekanan terhadap keberanian rakyat Bahrain yang tidak mengizinkan pemerintah mereka membolot kekayaan negara secara tidak adil.Selain itu beliau turut membari amaran kepada pemimpin Azerbaijan agar tidak menentang Islam dengan menjalinkan hubungan bilateral bersama regim Zionis.